Sekadar berkongsi pengalaman dan pengajaran.
Keadaan saya ketika menerima pendapatan melebihi dua kali ganda daripada sekarang:
– kerja seawal 7.00 pagi, pulang suka hati, biasanya malam hari. Pernah sekali pulang seawal 5.30 petang dan pernah sekali pulang jam 2.00 pagi! Keesokannya masuk jam 7.00 pagi.
– solat berterabur. Kadang kala solat, tetapi selalunya lebur.
– masa bersama keluarga kadangkala ada. Tetapi hanya jasad di rumah, fikiran melayang hal kerja. Mesej atau call-in kadangkala, tetapi mesej atau call-out sentiasa, untuk hantar laporan kepada ketua.
– paling penting ialah kerja, to get all thing done. Kadangkala nilai kemanusiaan diketepikan. Padahal kerja tidak pernah kehabisan.
– rakan-rakan? Boleh tahan. Tetapi tahu siapa berkawan disebabkan pangkat, siapa berkawan di atas dasar persahabatan.
Sekarang : pendapatan berkurangan dua kali ganda daripada dahulu.
– kerja biasa sahaja. Ada masa memasak untuk bekal ke tempat kerja dan sarapan untuk keluarga.
– solat Alhamdulillah dipermudahkan segalanya. Bukan sekadar solat fardhu, solat sunat juga terlaksana.
– masa bukan sekadar bersama keluarga, tetapi rakan-rakan realiti dan alam maya. Pergi belajar tajwid dan bacaan al-Quran, sambung pengajian dan aktiviti sukarelawan.
– rakan-rakan? Terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bidang. Berkongsi ilmu dan berkawan tanpa diskriminasi.
Nota: Ketika susah dan senang, kawan-kawan datang dan pergi. Yang kekal hanya ahli keluarga dan sahabat di sisi.
Wan Zuha Ishak | 15 Mac 2019
Sungai Petani