food lover, freelance, kehidupan, Life, Lifestyle, mahasiswa, makan, makanan, Rezeki

Nasi Ayam Pak

Bekas pelajar UiTM pasti merindui kelazatan sambal hitam di kedai Nasi Ayam Pak Mud. Kan?

Kedai dibuka di kawasan perumahan kampung. Pelanggan boleh memilih untuk duduk di dalam kedai atau di luar kedai sambil diteduhi dengan dahan-dahan pokok dan ditiup dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

IMG_20200130_123734

Hidangan ringkas tapi lazat. Saya memilih untuk tidak meminta sos cili merah buatan sendiri kerana sambal hitam sudah mencukupi.

Untuk bekas pelajar UiTM,  saya sudah pun makan Nasi Ayam Pak Mud bagi pihak anda semua. Burp!  alhamdulillah.

Wan Zuha Ishak | 30th January 2020
Sungai Petani

digital nomad, digital nomad learner, food lover, keluarga, Lifestyle, mahasiswa, makan, makanan, Rezeki, travel, traveler

Cài tóu guǒ a.k.a fried carrot cake

20190723_202652

Cài tóu guǒ atau lebih dikenali dengan nama fried carrot cake, popular di Malaysia, Singapore and Taiwan.

Bahan utama ialah bawang putih, telur dan daikon/white raddish/lobak Jepun.

Sesiapa teringin nak cuba muslim friendly version, boleh datang ke bazaar di dalam UTM setiap hari selasa, 5.00 petang diorang dah ada kat sini.

20190723_165139

20190723_165126

20190723_165228

Biasa tengok di tv atau chinese hawker yang jual, tertelan-telan air liur teringin nak cuba.

Lokasi bazaar sebelah kanan dari pintu utama UTM (dari Taman Universiti), bawah bukit berhadapan dengan Bangunan Canselori.

Wan Zuha binti Ishak | 23 Julai 2019
UTM Skudai, Johor

mahasiswa, MLM, Muamalat

Realiti Mahasiswa Dan Multi Level Marketing – Bahagian Ke-5

Berdekah saya gelak cuma belum guling-guling aje. Boleh pegi layan #Youtube sahabat saya bagi talk 2 tahun lepas kat student beliau. Jom gelak sama-sama 😝

————————————————————–

Tajuk yang agak popular di kalangan mahasiswa sekarang ini – MLM singkatan daripada multi level marketing. Bukan sekadar pelajar, tetapi popular di kalangan masyarakat Malaysia.

Sebenarnya multi level marketing kita dengar lebih banyak buruk dari baik. Tapi sebenarnya sebelum kita tahu apa itu multi level marketing, sebelum kita buat tanggapan buruk terhadap multi level marketing, kita mesti tahu dahulu apa itu multi level marketing.

Saya yakin setengah-setengah pelajar yang ambil subjek marketing, dia tak akan jumpa dengan multi level marketing kecuali beberapa perkataan sahaja di dalam buku marketing. Contohnya buku Philips Kotler, marketing management dan seumpanya. Multi level marketing cuma ada perbincangan sedikit sahaja di dalam subjek marketing untuk pengajian  marketing di universiti.

Multi level marketing tidak di ajar secara detail di dalam perbincangan di universiti tak kira sama ada dia pelajar business ke, pengurusan muamalat ke, takde. Yang subjek marketing, dia cuma belajar sedikit sahaja, mungkin satu dua perkataan sahaja yang ada perkataan multi level marketing.

Sekarang ni timbul isu banyak multi level marketing masuk ke universiti cari pelajar, cari kaki buat downline dengan pelbagai nama. Dia tak masuk dengan multi level marketing, sebab nama multi level marketing dah agak buruk sekarang ni.

Dia akan masuk dengan network marketing, program keusahawanan, di akan masuk dengan pelbagai nama. Tetapi kita akan pro dia multi level marketing apabila kita pergi ke tempat dia dan kita ikuti perbincangan dia, dan kita akan tersedar ini multi level marketing, kalau sekiranya kita disedarkanlah. Ada orang dia tak sedar, sampai akhir dia hanyut. Dia ingatkan ini bukan multi level marketing. Sebenarnya dia berada di dala multi level marketing.

Ada juga yang sedar, dia pegi tengok tengah-tengah berdiri atas kereta Ferrari, itu multi level marketing. Pergi-pergi tengok tunjuk orang ni kaya, orang tu kaya, multi level marketing. Business marketing biasa takde macam tu. Nasi lemak anak dara ada dia tunjuk duit? Yang tunjuk duit cuma multi level marketing.

Multi level marketing sebenarnya salah satu bentuk marketing, pemasaran. Sesiapa yang belajar di dalam muamalat, management dia akan ambil subjek pengurusan pemasaran. Di fakulti business pun ada subjek pengurusan pemasaran.

Pemasaran adalah satu konteks yang besar, meliputi pelbagai aspek bermula dari aspek penciptaan nilai untuk pelanggan sehingga membina hubungan dengan pelanggan, dan mendapat nilai daripada pelanggan. Kita sediakan value kepada customer, dan kita dapat value daripada customer. Dan kita bina relationship between seller dan customer. Itulah marketing yang sebenarnya.

Skop ni sangat luas. Sangat-sangat besar. Comprehensive. Meliputi penciptaaan produk, sehinggalah produk sampai ke pengguna terakhir dan seterusnya hubungan di antara pengguna dan penjual.

Aspek pricing, aspect promotion dan macam-macam lagi yang terpaksa kita nilai semua tu.

Wan Zuha Ishak | 16hb Oktober 2018
Sungai Petani

mahasiswa, MLM, Muamalat

Realiti Mahasiswa dan Multi Level Marketing – Bahagian Ke-4

Berdekah saya gelak cuma belum guling-guling aje. Boleh pegi layan #Youtube sahabat saya bagi talk 2 tahun lepas kat student beliau. Jom gelak sama-sama 😝

————————————————————–

Seterusnya jika produk itu terlalu ajaib. Produk kesihatan terlalu ajaib. Boleh sembuhkan pelbagai penyakit, abaikanlah. Terus abaikan, memang menipu. Kan? Tidak ada produk.

Biasa digunakan testimoni. Jangan percaya testimoni! Saya pesan sekali lagi jangan percaya testimoni. Walaupun dia kata kerusi ajaib, boleh duduk hilang sakit lutut dan seumpamanya, jangan percaya testimoni.

Testimoni bukan clinical. Mungkin betul produk itu sesuai dengan orang tu tapi mungkin tak sesuai dengan kita.

Jadi testimoni tidak memberi apa-apa erti dalam business. Jangan percaya testimoni. Tidak memberi apa apa erti kebenaran sesuatu produk. Apatah lagi kalau dia terlalu ajaib.

Kalau betul-betul dia boleh hilangkan kanser semua, baik dia supply dekat hospital. Dapat kontrak lagi kaya. Ambil supply dekat hospital-hospital swasta.

Takde masalah, kenapa nak perlu jual melalui kita? Dan kenapa kita yang kecil ni dia cari? Cari syarikat-syarikat yang besar tu tolong jual. Kebanyakan produk tu mengarutlah.

Kadang-kadang betul produk tu bagus, ada produk yang bagus. Tapi kalau dia claim terlebih tu memang menipu.

Kadang-kadang produk tu biasa aje, kat farmasi pun ada jual. Kita ambil vitamin, tapi melalui syarikat MLM dia claim macam-macam. Sedangkan sama aje. Macam-macam produk yang kamu boleh beli farmasi, tapi jual secara MLM jadi mahal.

Wan Zuha Ishak | 15hb Oktober 2018
Sungai Petani

mahasiswa, MLM, Muamalat, Uncategorized

Realiti Mahasiswa dan Multi Level Marketing – Bahagian Ketiga

Berdekah saya gelak cuma belum guling-guling aje. Boleh pegi layan #Youtube sahabat saya bagi talk 2 tahun lepas kat student beliau. Jom gelak sama-sama 😝

————————————————————–

Kemudian semak dengan KPDNKK sama ada ada lesen atau ke takde lesen. Kalau takde lesen jangan sertai.

Sebab apa? Dia takde lesen, kamu ada masalah. Sebab apa?  Lesen memperuntukan kamu ada polisi jual balik kepada syarikat. Ada lesen? Kamu boleh batalkan kontrak dalam tempoh 10 hari.

Tapi bagi yang takde lesen, dia boleh buat suka-suka perjanjian dia, kontrak dia. Kalau syarikat itu tidak offer lesen,  tidak offer polisi-polisi, tapi dia ada lesen kita boleh report.

Kalau syarikat tu tidak berlesen, dia tidak offer polisi-polisi yang menjaga kebajikan kita, kita nak report tak boleh. Kalau kita report pun, susah sikit tindakan yang nak dikenakan.

Wan Zuha Ishak | 15hb Oktober 2018
Sungai Petani