freelance, kewangan, Menulis, nasihat, sahabat

Menulis?

IMG-20181127-WA0000

Seorang sahabat hantar, beri sokongan untuk saya sambung menulis.

Masalahnya nak menulis pun dah takde rentak. Takde idea pun satu hal jugak. Karang ada yang baca ketawa terbahak-bahak.

Rasanya dari menulis kat FB, baik fokus menulis untuk web content, dapat juga RM. Boleh beli KFC bukan harga marhean. Eh?

Korang jangan kata kakak mata duitan. Bil telefon ni kena bayar setiap bulan. Ada sesiapa nak hulurkan bantuan? Takde kan? Tiada siapa peduli kalau tiada pendapatan.

Bukan minta simpati. Tapi realiti. Kita ada harga diri. Jangan rela maruah di tapak kaki.

Sekian membebel.

Wan Zuha Ishak | 29hb December 2018
Sungai Petani

artikel, kewangan, pendapatan

Artikel Percubaan

Ini adalah artikel percubaan saya, telah pun hantar lewat malam semalam untuk penilaian.


 

Apa Yang Ketua Keluarga Faham Tentang Pendapatan Boleh Guna?

Maksud pendapatan menurut Zakat Selangor ialah pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

Ini termasuk pendapatan tetap dan pendapatan sampingan. Contoh-contoh pendapatan ialah gaji, komisen, bonus dan lain-lain.

Pendapatan kasar ialah pendapatan yang diperolehi tanpa sebarang penolakan KWSP, PERKESO, cukai pendapatan dan zakat pendapatan.

Pendapatan bersih pula ialah pendapatan selepas penolakan KWSP, PERKESO, cukai pendapatan dan zakat pendapatan.

Perkara pertama yang perlu ketua keluarga buat selepas memperolehi pendapatan bersih ialah simpanan.

Simpanan terbahagi kepada 5 jenis tabungan iaitu:

– simpanan : simpan di pelbagai jenis akaun

– kecemasan : sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan

– persaraan : melabur di unit amanah

– dana pendidikan : menyimpan di SSPN1M

– sedekah/wakaf

Pendapatan boleh guna pula ialah pendapatan bersih tolak dengan semua perbelanjaan tetap dan perbelanjaan tidak tetap.

Contoh perbelanjaan tetap ialah pinjaman kereta, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan lain-lain. Manakala contoh perbelanjaan tidak tetap ialah bil utiliti, perbelanjaan seisi rumah, petrol dan lain-lain.

Pendapatan boleh guna boleh jadi positif atau negatif. Jika negatif, boleh tambah pendapatan dengan melakukan perkerjaan kedua dan kurangkan perbelanjaan tidak tetap.

Jika pendapatan boleh guna adalah positif, adalah lebih baik dapatkan perlindungan takaful dan simpan selebihnya. Jika diri sendiri atau ahli keluarga memerlukan sesuatu, sebagai contoh telefon bimbit, ketua keluarga boleh gunakan simpanan dari pendapatan boleh guna.

Elakkan berhutang dari membeli barangan telekomunikasi dan komputer. Ini kerana teknologi semakin maju setiap hari dan barangan cepat susut nilai.

Rujukan:

1) http://www.zakatselangor.com.my/jenis-jenis-zakat/zakat-harta/zakat-pendapatan/

2) http://www.brainy-people.com/blog/item/17-pendapatan-kasar-bersih

3) http://ekonomiasasonline.blogspot.my/2011/03/pendapatan-boleh-guna-yd.html?m=1

4) http://www.halalmoney.my/3-perkara-asas-dalam-perancangan-kewangan-yang-anda-harus-tahu/

5) http://jomurusduit.com/2017/09/nasihat-kewangan.html

Wan Zuha Ishak | 15hb April 2018
Sungai Petani