Pada 28hb April hari sabtu, dari Sungai Petani konvoi 2 dua buah kereta: saya dan mak dan abang sekeluarga. Adik tak ikut, ada temuduga di Seberang Jaya. Bertolak balik ke Arau, kenduri kahwin anak sulung sepupu.
Pit stop pertama, kedai Mak Anjang di Jitra. Landmark berdekatan RHB Bank dan Hasani Bookstore. Mak Anjang menjual kuih tradisi seperti tepung talam, seri muka, qasidah, kuih lapis, bingka ubi, kacang kole dan ada beberapa jenis kuih lagi (sebenarnya tak ingat nama kuih π).
Cari gambar kedai takde pula dalam album. Dah padam baru-baru ni gamaknya π
Pit stop kedua, gerai menjual goreng pisang di pekan Jitra lama berdekatan CIMB Bank. Gerai tersebut tiada sebarang papan tanda. Goreng pisang dan tepungnya best in the world. Setia menjadi pelanggan sejak 27 tahun yang lepas sehingga sekarang. Jika tak salah, sekarang generasi ketiga yang meneruskan perniagaan tersebut.
Setibanya di Arau, Perlis dirumah sepupu, terus ambil makanan tengahari. Sempat berbual dengan sepupu dan isterinya, sempat create satu whatapps group untuk ‘Cucu Tok Midah’.
Dari rumah kenduri, belok kiri nak ke Kuala Perlis, melalui kawasan Simpang Empat. Kawasan my cousin Dr Wan Nor Al Hakim bertanding di dalam Pilihanraya Ke-14 pada 9hb Mei nanti. Good luck and all the best cousin!
Di dalam perjalanan, mintak mak ambilkan gambar pandangan tepi laut. Macam-macam gambar mak snap. Layan aje gambar mak ambil.
Tiba di Kuala Perlis, singgah di kedai kegemaran mak iaitu Restoran Nelayan. Lokasi, bersebelahan jeti lama (tapak jeti lama pun dah takde). Makan laksa laksa dan pulut udang yang direndam sekali di dalam kuah laksa. Sotong goreng tepung tak order sebab takde orang yang menggorengnya.
Selesai makan, misi mencari harum manis! Dari Kuala Perlis, guna jalan area Kayang, Bintong, dan ke sekitar Batu Pahat. Jumpa satu gerai harum manis, dapat rasa sedikit sample dan bagi kat mak untuk pengesahan. Mak terus bagitau beli 1kg.
Selesai beli, misi diteruskan sehingga pergi Bukit Temiang, waktu perniagaan ditutup. Beroperasi dari hari isnin sehingga jumaat. Cuti pada hari sabtu dan ahad. Keluar dari kawasan tersebut, terus cari gerai lain. Akhirnya ke Padang Besar!
Tiada parkir kosong di kawasan arked, patah balik ke jalan besar. Selepas stesen minyak Petronas, susur keluar sebelah kiri dan ambil arah Changlun/Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan melalui kawasan Chuping, terbentang luas kawasan lapang yang dahulunya ladang tebu.
Sekitar Ulu Pauh, abang saya berhenti di gerai menjual mangga. Beliau berhenti dan membeli klon mangga harum manis yang dijual RM 15/kg. Saya cuba sample yang diberikan, manis! Tapi tak boleh lawan mangga harum manis original.
Perjalanan diteruskan melalui Changlun dan berhenti di Joe Cendol menghala ke arah selatan di Napoh. Saya order ABC dan kuey teow goreng.
Mak saya naik kereta dengan abang saya dan saya memandu seorang diri. Pit stop di Hentian Sebelah Jitra untuk solat. Dan teruskan perjalanan balik ke Sungai Petani. Singgah di kedai mamak membeli dia bungkus nasi untuk anak-anak saudara.
Setibanya di rumah abang saya, disajikan dengan mangga. Nikmat dunia!
Di dalam gambar adalah klon mangga harum manis. Walaupun klon, manis tapi kurang sikit manis dari mangga harum manis original, bukan masam. Mangga harum manis kena simpan di dalam kotak, boleh buka kotak pada 1 Mei 2018 dan boleh makan pada 2 Mei 2018. Nanti saya buat satu status khas untuk harum manis ya! π
Ke mana destinasi Cik Zuha seterusnya? Tunggu!
Wan Zuha Ishak | 1hb Mei 2018
Sungai Petani
1 thought on “Jalan-Jalan Cari Makan : Perlis”